Salam..
Ini hasil cupcakes- lukisan tangan yati. Cupcakes perisa orange dan chocolate, dengan buttercream icing dan piping jelly. Cute untuk majlis kenduri baby boy. Ceria warnanya, tapi teddy nye,ada yang gemuk, ada yang kurus,tak sekata- maklum la lukisan tangan orang yang tak biasa melukis, tapi hasilnya nampak natural.
Dome casing dengan lapik doyle paper-memang sesuai untuk tetamu,dimasukkan dalam goodie bag (berkat- kata orang Jawa/ kampel- kata orang Banjar).
Lukisan tangan dengan finishing piping jelly, nampak lebih menarik dan colorful. Lebih 'alive'. Rasanya manis, umpama candy, boleh pelbagai color. Yang penting lukisan yang bakal dilukis mesti cantik dan cute-pasti hasilnya memuaskan hati. Rumit juga membuat cupcake design macam ni, kena buat outline dulu, kemudian baru diisi dengan jelly- cara nak mewarna pun perlu sekata- macam kita warnakan gambar pada kertas. Teringat cara mengajar Faris dan Adam cara betul mewarna.