Muffin - satu lagi keluaran Kay Bakery... muffin kalau translate ke Bahasa Melayu bermakna Kek Kecil. Cupcakes pula Kek Cawan. Muffin dan Cupcakes bahan2nya sama, cuma kuantiti telur, tepung, dan susu memang berbeza. Muffin punya tekstur yang lebih berat kerana kuantiti telur yang sedikit berbanding kuantiti tepung dan susu yang banyak. Lagi pun muffin biasa dibuat berinti- seperti Blueberry, Strawberry, Kiwi, Orange, Cip Coklat dan sbgnya. Ada Banana Muffin- pada yang biasa makan di Kenny Roger's...sedap muffinnya... gebu dan sedap. Ada juga Apple Muffin. Muffin kerana tekstur dan jisimnya yang begitu amat sesuai disuaitambah dengan kekacang, kismis, buah-buahan kering dsbnya.
Muffin sedap di makan panas...berbanding cupcakes yang enak di makan bila2 masa. Jadi kalau beli muffin - jangan pula kata kek bantat ye..memang fitrahnya macam tu...