Salam....


Terima kasih singgah.....
Kini anda juga boleh ke instagram Yati_kaybakery - utk pilihan produk dan harga. Like FB - Kaybakery.malaysia utk info terkini - promo dan fast sale. Fb Yati Hassan utk pelbagai menu dan tempahan.


Jika berminat sila email ke
noorirdawati_hassan@yahoo.com yati akan respon anda , sila tunggu balasan yati utk setiap order...atau tinggalkan pesanan/sms di 019 2727564 utk respon lebih cepat...ataupun boleh whatsapp yati 019 2727564.



Terima kasih..daun keladi...


Cupkek Ramadan -2

Salam..

Dah lama sangat tak post apa2 pada blog yati. Rindu juga rasanya..., juga mesti ada yang jemu tengok gambar yang sama..macam yati juga, kalau boleh singgah ke blog orang nak tengok yang baru2 je..best kan..tengok yang lain setiap hari.

Minggu ke-2 Ramadan, yati dah mula sibuk buat kuih raya utk letak di kedai dan kedai mesra di BK ni. Juga sikit utk adik yati jualkan di Ipoh. Buat sikit2 , al-maklum..tukang buat sorang je..dan semua tukang dia lah yang buat!...

Cupcakes di bawah ni, permintaan kawan baik yati- Oniera...tema bunga-bunga. Macam2 design yang yati fikir..akhirnya jadi macam ni..suka sgt yati buat bunga mcm ni..mungkin yati dah buntu idea kot..kena pegi kelas buat buttercream flower pulak lah!... Yati sendiri pun jemu.. Utk kurangkan jemu tukang buat ni, yati buatkan 2 tona warna utk tema ungu dan kuning. Tapi sayang- Lumix yati tak dapat hasilkan warna violet yang elok di pandang mata. Jadinya macam warna kebiruan pulak.



Yati guna warna Violet dan Lemon Yellow dari wilton. Dari mata zahir..nampak beza, cuma Lumix confuse warna kot!..atau pun Lumix yati dah penat..malam2 pun kerja!...


Yang atas ni, cc extra 7 biji, yati buat bunga2 kecik. Cuma kurang daun rasanya..



Cupcakes ni yati buat dalam set..ada 3 jenis design..tak jemu kan mata memandang..floral theme. Alamak..yati lupa nak letak rama-rama yang yati dah buatkan..eeem., tak de rezeki la nampaknya.
Minggu ni yati kena siapkan sample cupcakes Raya 2009, harapnya jadi la plan yati ni.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin