Salam....


Terima kasih singgah.....
Kini anda juga boleh ke instagram Yati_kaybakery - utk pilihan produk dan harga. Like FB - Kaybakery.malaysia utk info terkini - promo dan fast sale. Fb Yati Hassan utk pelbagai menu dan tempahan.


Jika berminat sila email ke
noorirdawati_hassan@yahoo.com yati akan respon anda , sila tunggu balasan yati utk setiap order...atau tinggalkan pesanan/sms di 019 2727564 utk respon lebih cepat...ataupun boleh whatsapp yati 019 2727564.



Terima kasih..daun keladi...


Salam Aidil Fitri 2009

Salam..

Lama sungguh Yati bercuti- di blog ni. Cuti raya pun dah seminggu..la ni dah mula rutin asal - kerja dan macam2 lagi. PC yati ni pun baru kuar workshop...system corrupted pulak..adeh. Habis semua gambar2 cc, cookies dan gambar2 kesayangan ku hilang!...
Bulan puasa lalu, yati sibuk menyiap biskut..itu pun minggu ke-2 baru mula membuat..maklum la..buat sorang2..bancuh pun sikit2..memang mcm homemade style lah!...Jadila..sikit2 pun.
Bukan tak de order cupcakes masa bulan puasa, cuma masa nye tak sempat. Yati lepas Maghrib je..terus lepak..tido kejap..sebelum bangun semula utk Isya' dan..Terawih. Alhamdulillah tahun ni..dapat penuh solat sunat Terawih..(Faris ikut juga..minggu pertama je,..excited terlebih)..selain cuti am yang seminggu tu!.. Faris pun dapat puasa 27 hari..seronok dapat kumpul duit di bulan puasa (kecik2 ni kena la buat camtu..). Adam..asyik mengelat je..baru 1/2 jam tak makan/minum dah nak susu.."lepas ni Adam puasa la balik"..emm....dia tak kisah pun abang dapat duit!..
Pada semua yang order kuih raya - Oniera,Cikgu2 SMK BK4, Cikgu Nasuha, Cikgu Siti Hanim, Cikgu Zainora, Cikgu See, Cikgu Anuar, Niza, Nonie, Kia, Nusrah, Anisah dan Yanty- terima kasih byk2..lain tahun order lagi ye.
Nanti2 yati tempek kan gambar2 cc dan ada gambar hampers. Tengah kumpul tenaga dan mood nak memulakan projek blog ni!..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Mesti ada yang tersilap bahasa, terkasar..ampun ye. Semoga urusan bisnes kita selalu di rahmati Allah. Yati sedang mengumpul tenaga nak update blog, dgn pc yang belum baik sepenuhnya lagi (perkara2 mcm ni la..yg melemahkan semangat yati!).

Cupcakes Syawal 1430H/2009M

Salam...

Yati ada buat sample design utk cupcakes raya tahun ni. Ada 2 main design dalam set cupcakes of 25pcs tu nanti. Cupcakes sekotak 25pcs- utk 1 flavor (vanila/choc/pandan/orange). Jika nak 2 flavor boleh order 2 kotak.



Packing dalam kotak biasa, jika nak kan special box dengan clear window kena additional charges. So far yati tak arrange utk penghantaran, melainkan order lebih dari 5 kotak. Cupcakes paling lewat penghantaran/self-pick up hari Jumaat 18hb September.


Kod Raya Cc 001 - Burgundy Color

Kod Raya Cc 002 -Lemon yellow color.
Cupcakes set akan terdapat design seperti kod yang tertera di atas, juga akan ada perkataan samada - 'Selamat Hari Raya' @ ' Salam Lebaran' @ 'Syawal 1430H'. atau lain2 perkataan pilihan anda. Juga yati akan selitkan beberapa design yang matching dengan set setiap kod cc.
Pilihan warna 1. Burgundy 2. Yellow Lemon 3. Voilet 4. Royal Blue 5. Pink , pilihan warna adalah utk warna bunga ,design, dan tulisan atas cupcakes.
Sila buat tempahan awal, email/sms yati detail kod design, kuantiti, flavor dan masa nak ambil.



Cupkek Ramadan -2

Salam..

Dah lama sangat tak post apa2 pada blog yati. Rindu juga rasanya..., juga mesti ada yang jemu tengok gambar yang sama..macam yati juga, kalau boleh singgah ke blog orang nak tengok yang baru2 je..best kan..tengok yang lain setiap hari.

Minggu ke-2 Ramadan, yati dah mula sibuk buat kuih raya utk letak di kedai dan kedai mesra di BK ni. Juga sikit utk adik yati jualkan di Ipoh. Buat sikit2 , al-maklum..tukang buat sorang je..dan semua tukang dia lah yang buat!...

Cupcakes di bawah ni, permintaan kawan baik yati- Oniera...tema bunga-bunga. Macam2 design yang yati fikir..akhirnya jadi macam ni..suka sgt yati buat bunga mcm ni..mungkin yati dah buntu idea kot..kena pegi kelas buat buttercream flower pulak lah!... Yati sendiri pun jemu.. Utk kurangkan jemu tukang buat ni, yati buatkan 2 tona warna utk tema ungu dan kuning. Tapi sayang- Lumix yati tak dapat hasilkan warna violet yang elok di pandang mata. Jadinya macam warna kebiruan pulak.



Yati guna warna Violet dan Lemon Yellow dari wilton. Dari mata zahir..nampak beza, cuma Lumix confuse warna kot!..atau pun Lumix yati dah penat..malam2 pun kerja!...


Yang atas ni, cc extra 7 biji, yati buat bunga2 kecik. Cuma kurang daun rasanya..



Cupcakes ni yati buat dalam set..ada 3 jenis design..tak jemu kan mata memandang..floral theme. Alamak..yati lupa nak letak rama-rama yang yati dah buatkan..eeem., tak de rezeki la nampaknya.
Minggu ni yati kena siapkan sample cupcakes Raya 2009, harapnya jadi la plan yati ni.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin