Salam....


Terima kasih singgah.....
Kini anda juga boleh ke instagram Yati_kaybakery - utk pilihan produk dan harga. Like FB - Kaybakery.malaysia utk info terkini - promo dan fast sale. Fb Yati Hassan utk pelbagai menu dan tempahan.


Jika berminat sila email ke
noorirdawati_hassan@yahoo.com yati akan respon anda , sila tunggu balasan yati utk setiap order...atau tinggalkan pesanan/sms di 019 2727564 utk respon lebih cepat...ataupun boleh whatsapp yati 019 2727564.



Terima kasih..daun keladi...


Cupcakes - Elmo,CM,Ben-10, Princess, SpongeBob,Chelsea

Salam...

Minggu pertama Ramadan, order masih ada, ini la dia... kalau org yang dah suka dengan cc...mestinak cari cupcakes utk hidangan hari istimewa atau hari2 biasa- pencuci mulut/pemanis mulut..boleh juga sebagai hiasan meja...

Cupcakes design macam2..lama juga yati membelek cupkek sekotak ni. TQVM utk Fida- kawan lama yati masa di ITM Melaka. Nama dia sama dengan anak yati- Faris (pandai bercakap budaknya).



Ini cupcakes pilihan yati minggu ini,yati suka dengan warna hijau semua...segar rasa mata...order dari Puan Sue utk bday anak lelakinya yang ke-13. Masa yati jumpa Sue di Menara
Haw Par..masih muda lagi. Sue kenalan dari ibu@yahoogroup. Sorry la Hafiz, auntie tak sempat mencari bola sebiji utk decor cupkek ni.
Cupcakes elmo dan cookie monster..sama mcm yang sebelum ini. Ramai juga yang suka design ni..yati dah jadi expert. Sekejap je dah siap....yang lambat bila kena ke kedai mencari chipsmore utk mulut cookie monster..eem..mungkin yati patut buat cookie sendiri..since dah ramai juga yang bertanya cm ni. Terima kasih buat Puan Norma - kawan yati juga masa di Melaka.
Nak jadi kelakar..masa nak hantar cupkek pada Fida, boleh yati cakap..ada delivery ke Menara Pantai..yati tak ckp nak htr pada Norma..ingatkan kawan yati sorang je...bila hantar pada Fida..baru ckp pada dia..yati nak jumpa Norma...ha,,haa...sempat la berkirim salam...(fida..kata..ingatkan kawan mana la). Fida,Norma dan yati kawan sekelas masa di ITM Melaka- kami ambil Bachelor in Corporate Admin. Fida dah bertukar bidang ke accounting di Indah Water, Norma pula...kerja di syarikat kosmetik - O'lynn...(makin cantik minah ni)..yati pulak dah jadi executive at home (boleh la kan....)




Lagi Cupcakes Ben10

Salam..

Tema Ben 10,utk kanak2 lelaki. Fav cartoon in time. Yati pun suka tgk cartoon,esp lagu nya..tapi sejak dah tak langgan nick di astro- rindu pulak dengan Ben 10.


Untuk buat makan2 anaknya- Maxin. Saja2 nak order..

Terima kasih pada Audrey utk order kali ni, terima kasih daun keladi lain kali order lagi.


Cupcakes Utk Kanak2.

Salam..

Cupcakes terbaru, sebelum Ramadhan tiba. Cupcakes utk kanak-kanak senang nak buat,lagipun yati ada pengkritik kecik kat rumah, selalu deme excited, yati pun suka juga-syok sendiri.


Cupcakes SpongeBob yang meriah dengan tambahan piping jelly pada cc. Rasa meriah sangat cc ni.

Barbie lagi, kali ni yati gunakan edible image yang baru di beli,kebetulan harga nya ok ikut budget, so dapat lah image Barbie pada cupcakes tempahan Puan Sya dari Kajang.


Cupcakes Ben 10, utk murid lelaki di sekolah anak Puan Sya. Ini la dia mama yang rajin melayan karenah anak, semoga anak2 menjadi anak yang soleh dan solehan, berkat kasih sayang yang para ibubapaberikan.



Yati paling suka princess ni,jenuh fikir macam nak buat, nak bukak internet, m pulak..fikir2- selalu princess masa dulu- duduk dlm forest, castle yang jauh di ceruk gunung, ada hutan rimba- bunga2... cupcakes picks bergambar princesses dan edible image.
Terima kasih buat Puan Sya,terima kasih daun keladi, lain kali boleh order lagi ye. Harap dia suka dan anak2 nya suka - Puan Sya ni kawan kak Onie- baik2 belaka deme ni..suka yati...tq ye.

Kuih Raya 2009- A

Salam..

Biskut Gajus- fav cookies anak2- mostly budak2 suka....tapi deme tak suka kacang gajus tu. Ada cikgu cina di sek BK2, anak2nya suka betul biskut yati, ada ustazah di sekolah yang sama pun anaknya suka. Ini fav suami yati. Biskut yang rangup,yati gunakan 100% butter, ada cornflakes kisar, gajus kisar, ada telur- resepi olahan yati.

Ini tahun ke-3 yati buat biskut ni,rupanya biasa je...tapi kalau rasa satu, mesti nak makan-makan-makan lagi. Pada harga RM 23 - 50-55pcs.


Kuih Makmur - resepi dari kawan Yati -credit to Fida - suami yati beriya suruh yati mintak resepinya..memang sedap,gebu, melt in your mouth- lemak manis. Dulu yati memang tak suka kuih makmur- tapi yang ini..the best so far.


Yati gunakan Almond sebagai inti -kontemperari kuih makmur. Kuih Makmur asli gunakan kacang tanah.

100% minyak sapi - Brand Windmill Gheeblend. Tiada campuran butter ye.

RM 23.00 sebekas - ada 45-50pcs -handmade..jadi saiznye selalu tak sama.


Cupcakes Kotak Rama2- utk Marhaban

Salam...



Cupcakes dalam cawan kertas warna merah metalik- yati excited sangat dengan color tu. Dengan hiasan atas yang sangat simple. Ada macam2 warna- biru, hijau mtalik, silver dan gold color papercups. Juga sesuai utk majlis perkahwinan, mana tau tak suka byk sangat icing - takut icing cair...hii.hi..boleh buat macam ni. Cupcakes ni yati bawak dari BK ke kg Yati di Bagan Datoh, semua cantik dalam bekas.



Cupcakes Pink, Elmo dan Cookie Monster lagi.

Salam.


Cupcakes dengan rupa elmo dan cookies monster. Fav kawan2 Oniera. Kali ni yati guna Royal Blue dari wilton, dan christmas red dari chef master. Try to avoid too much coloring.

Yang ini yati gunakan Royal Blue juga, tapi jadi lain pulak warnanya- bila di ambil gambar. Mungkin cahaya yang berbeza kot. Ish, yati belum master lagi dgn Lumix ni.

Pink color for simple design,with emoticons cc picks. These are for farewell party at Nonie's office- Plaza Hamodal. Yati dah tersilap nama ofis..boleh yati ingat Megan Avenue..padahal yati dah sampai tempat tu!..
Terima kasih utk kawan2.



Mini Cupcakes-2

Salam..

Kay Bakery juga ada versi mini cupcakes -biasa dijual tanpa icing,melainkan ada yg request nak beraising on top. Hot product ialah mini choc cupcakes. Kalau nak cantik2 boleh request letak manik2 kecik/gula tabur pada cupcakes tersebut.


Selain choc, yati juga buat plain cupcakes -perasa oren, vanila, pandan, strawberry atau kek buah.




Untuk saiz mcm ni, min order 100pcs. Boleh juga siap packing dlm cookie bag - ikut kuantiti pilihan anda. Biasa yati susun dalam kotak, sesuai utk buahtangan kala pergi ke rumah kenduri. Untuk jamuan makan2...budak2 kecik suka sangat.


Cupcakes - Ganache, bunga simpul, dan rumput2.

Salam...

Cupcakes dengan patern yang simple dan berwarna-warni. Yang bawah ni,yati mencuba penekap fondant yang baru yati beli, juga bereksperiman dengan manik pink dan biru yang juga baru ditemui. Banyak sungguh benda baru dalam bilik baking yati.


Terima kasih pada Yusmeri, manis senyumannya. Kenalan dari FB...dia ada biz chocolate.


Yang bawah ni, customers nak kan lebih aising- jadi mereka suruh buatkan yg rumput2 ni,dah jemu dgn elmo dan cookie monster. Yup...yati pun jemu dgn design sesame streets tu...


Yati suka warna rumput ni- olive green. Hijau lumut. Patern ni yati guna nozzle yang berlubang besar- selalu yati guna yg kecik sedikit. Cantik juga yang ini.


Warna bunga2 kecik kureng menarik, mungkin tak sesuai dengan olive green tu.







Jutaan terima kasih pada Oniera- dia marketing person yati. Senang kerja macam ni.

Budget Cupcakes 4- Perfect for wedding favor.

Salam..



Lagi order dari Puan Fatimah, dia suka sgt yang macam ni, tak banyak aising katanya. Yati pun excited utk budget cc kali ni, yati buat marble effect pada aising. Syok sendiri u...kak Fatimah tak kisah, yati buat color apa dan design apa pun..senang betul berurusan dengannya.



Yati excited dengan design kali ni..jadik pun. Sebenarnya yati nak marble effect macam ni pada bunga ros yang yati buat sebelum ni. Kena tulis dalam buku resepi, bagaimana mendapatkan effect mcm ni utk buat bunga ros atau swirl flowers.
Pada sesiapa yang teringin nak mcm ni utk wedding favor- sms yati/call yati untuk sample dan nyatakan warna tema/warna fav anda.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin