Salam....


Terima kasih singgah.....
Kini anda juga boleh ke instagram Yati_kaybakery - utk pilihan produk dan harga. Like FB - Kaybakery.malaysia utk info terkini - promo dan fast sale. Fb Yati Hassan utk pelbagai menu dan tempahan.


Jika berminat sila email ke
noorirdawati_hassan@yahoo.com yati akan respon anda , sila tunggu balasan yati utk setiap order...atau tinggalkan pesanan/sms di 019 2727564 utk respon lebih cepat...ataupun boleh whatsapp yati 019 2727564.



Terima kasih..daun keladi...


Budget Cupcakes



Ini pulak budget cupcakes -maksud yati, cupcakes pada harga yang reasonable- dengan design yang sangat simple dan fancy. Boleh guna buttercream icing atau jelly. Color dan perisa pilihan anda, design yati boleh rekakan..masih pada budget yang semua mampu. email yati/sms/call yati ye -019 272 7564. Nak cantik lagi, boleh taruk reben/manik/sticker kat atas penutup nya.

Mini Cupcakes


My customer's favorite cupcakes- mini size. Yati ada beberapa flavor untuk cupcakes macam ni. Orang suka sebab kecil, senang di makan - budak2 paling suka- dengan saiz yang muat tangan si kecil. Ataupun sesuai untuk wedding doorgift- dulu yati pernah buat untuk 1000 pek, bayangkan yati kena buat 5000 biji cupkek saiz macam ni.... Ada juga untuk majlis kenduri cukur jambul- naik buaian, atau birthday party. Lagipun,murah -dapat banyak dalam satu bungkusan. Kadang yati guna papercup yang fancy color and design, meriah gitu.


Cupcakes -Teddy

Salam..

Ini hasil cupcakes- lukisan tangan yati. Cupcakes perisa orange dan chocolate, dengan buttercream icing dan piping jelly. Cute untuk majlis kenduri baby boy. Ceria warnanya, tapi teddy nye,ada yang gemuk, ada yang kurus,tak sekata- maklum la lukisan tangan orang yang tak biasa melukis, tapi hasilnya nampak natural.



Dome casing dengan lapik doyle paper-memang sesuai untuk tetamu,dimasukkan dalam goodie bag (berkat- kata orang Jawa/ kampel- kata orang Banjar).



Lukisan tangan dengan finishing piping jelly, nampak lebih menarik dan colorful. Lebih 'alive'. Rasanya manis, umpama candy, boleh pelbagai color. Yang penting lukisan yang bakal dilukis mesti cantik dan cute-pasti hasilnya memuaskan hati. Rumit juga membuat cupcake design macam ni, kena buat outline dulu, kemudian baru diisi dengan jelly- cara nak mewarna pun perlu sekata- macam kita warnakan gambar pada kertas. Teringat cara mengajar Faris dan Adam cara betul mewarna.



Muffin

Salam..

Ini muffin yang yati buat seperti biasa, jika ada orang request muffin, camnilah rupanya..ada 2 size, yang ini medium dan satu lagi large. Ada pelbagai filling-antaranya Blueberry, Strawberry, Kiwi, Orange, dan Choc Chips.
Harga nya, masih mampu, dengan saiz yang ditawarkan. Packaging biasa dalam Plastic Cookies, atau org tak nak berplastik, untuk makan-makan waktu kenduri/jamuan. So far yati tak pernah buatkan packaging berhias reben seumpama - bergantung pada citarasa masing-masing.
Muffin sedap dimakan ketika masih panas..hot from oven...kalau dah beli..nak dapat aroma berasap tu, panaskan dalam microwave dalam 20 saat, ....sedia di makan.


Muffin ni, lebih kurang macam cupcake, cuma bezanya , muffin ada inti ditengah, dan teksturnya lebih kasar/tidak segebu cupcakes. Ianya lebih berat dari cupcakes-ikut sukatan papercup yang sama. Bahan-bahan sama, cuma kuantiti susu dan tepung lebih banyak berbanding cupcakes. Ramai yang gemarkan muffin kerana ianya lebih mengenyangkan berbanding cupcakes. Budak kecil kurang suka muffin.

Muffin yati tak manis,cukup rasanya. Yang penting yati tak pernah letak bahan pengawet utk tahan lama, jangka hayat muffin ni, kalau pada suhu bilik - 5 hari ok lagi.

Tempahan/order

Salam..

Blog yati masih banyak yang tak cukup, jika ada kemusykilan boleh terus email noorirdawati_hassan@yahoo.com , ataupun telefon/sms yati 019-272 7564. Yati baru belajar blogging-try & error je...boleh la kan...intro...

Ok, back to biz. Jika anda ingin kan cupcakes -perisa vanila,choc,orange,pandan,strawberry ; atau muffin- blueberry, strawberry, orange, kiwi, chocolate, banana ; atau tat- mini tat buah, tat keju beri biru, lemon, telur ; atau chicken pie/beef pie, boleh hubungi yati.

Sila buat tempahan sekurang-kurangnya 2 hari awal (utk kuantiti yang sedikit). Untuk tempahan perkahwinan sila tempah seawal satu bulan/3minggu sebelum tarikh majlis. Untuk tempahan 100 biji ke atas sila tempah se awal 3/4 hari sebelum tarikh. Semasa buat tempahan sila nyatakan tema, budget, design, packaging, pick-up time & date/ delivery (dengan caj), jenis produk-perisa, nama dan no telefon.



Standard saiz cupcakes yati adalah solo cup 2.5oz (diam atas 5.5cm- tinggi 3.5cm)- ini saiz yang biasa yati gunakan bila orang order cupcakes. Untuk muffin yati ada 2 saiz - saiz medium & large. Solo cup ada beberapa saiz iaitu - 2oz, 2.5oz, 3 1/4oz (sila lihat gambar). Juga ada papercup biasa.


Untuk harga boleh email/call yati ye...semua bergantung pada kuantiti. kalau anda rajin mengorder dengan yati..yati dengan senang hati akan beri diskaun..(jadi la regular customer ye).



Packaging ada beberapa jenis - dome casing, clear plastic box, paper box, pandan box atau plastic pp (lihat gambar).

Design untuk cupcakes boleh lihat pada kotak design, atau nak kan design yang berbeza, anda nyatakan idea anda, dengan warna pilihan -yati akan cuba buat kan- at least yati boleh le berekspresi dan mencuba kreativiti.
Cupcakes yati ada buttercream icing, rolled fondant icing (sangat sesuai utk hantaran/perkahwinan), royal icing, ganache , dan piping jelly. Semua jenis icing ni boleh disuai-padankan mengikut budget anda. Nyatakan saja apa yang anda inginkan..kita sama-sama realisasi kan...














Cupcakes Tower





Cupcakes sangat versatile pada masa ini- maksud yati, cupcakes boleh digunakan untuk pelbagai acara-contohnya untuk majlis perkahwinan, selain memotong kek yang bertingkat-tingkat dan besar, cupcakes boleh jadi pengganti kek besar.

Cupcakes lebih mudah untuk mengekspresi citarasa seseorang, untuk majlis perkahwinan, cupcakes tower sudah menjadi trend bagi raja sehari sekarang- selain harga yang murah ianya..nampak cute (anak-anak kecil pasti tak sabar nak merasa kek pengantin).

Cupcakes Tower ini buatan kaca, tidak terlalu tinggi atau rendah. Boleh muat 100 biji cupcakes bersaiz 3 1/4 oz - solo cup.

Cupcakes - 25biji











Ini antara cupcakes yang yati buat, pelbagai design dan warna. Mengikut citarasa pelanggan, biasanya mereka akan nyatakan budget, tema,warna-dan biasanya yati akan tokok-tambah mana yang perlu utk mencantikkan lagi set cupcakes tersebut. Setakat ini tak da pulak yang komplen tokok-tambah yang yati buat. Yati amat hargai pelanggan yang tak byk karenah, dan amat sporting (alhamdulillah-mudah urusan yati).

Mini Tat Buah dan Tat Keju Beribiru




Ini antara produk yang menjadi kegemaran customer yati. Biasa ditempah untuk birthday party, majlis rasmi atau tak rasmi di ofis, majlis makan-makan bersama keluarga,kenduri kawin,sebagai pelangkap dulang hantaran pun ada,atau apa saja, bila rasa teringin pencuci mulut yang cantik dan sedap di makan- boleh la mencuba tat ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin