Salam....


Terima kasih singgah.....
Kini anda juga boleh ke instagram Yati_kaybakery - utk pilihan produk dan harga. Like FB - Kaybakery.malaysia utk info terkini - promo dan fast sale. Fb Yati Hassan utk pelbagai menu dan tempahan.


Jika berminat sila email ke
noorirdawati_hassan@yahoo.com yati akan respon anda , sila tunggu balasan yati utk setiap order...atau tinggalkan pesanan/sms di 019 2727564 utk respon lebih cepat...ataupun boleh whatsapp yati 019 2727564.



Terima kasih..daun keladi...


Hujung minggu Bulan Julai 2009

Salam..

Dah hujung bulan Julai...,macam2 perasaan ada-M ada, risau ada, yang pasti sibuk memikir utk projek raya tahun ini. Semua resepi dah siap di kemaskini dan dikumpulkan. Tahun ni mesti buat kuih raya ..dah ada permintaan. Tapi masih fikir,siapa la yang nak menolong Yati. Susah juga nak mencari pekerja partime. Tak pe..esok2 ada la kot, yang penting buat sample, ambil order, tapi Yati kena ingat..order mesti ikut kemampuan.

Minggu ni Yati cuma sibuk dengan rutin harian utk supply ke sekolah,ada juga sikit2 order utk mini cupcakes,muffin dan cupcakes.








Ini la dia mini choc cupcakes,suka sangat customer yang sebelum ni,...orang lelaki, nak beri pada girlfriend katanya. Dia order sampai 5 kotak, cukup utk 5 hari kot...hi..hi.. 1st order Yati isi dalam kotak putih saja, 2nd order Yati isi dalam kotak pink bertangkai macam ni, order yang ke-3 ni pun dia nak kotak yang pink bertangkai. Cute katanya...Yati pun suka.
Muffin tak sempat ambil gambar, hantar pada Puan Rashidah pun muffin masih suam2..eeem..baunya saja dah kenyang... Minggu lepas kak ni order sekali dgn packing, minggu ni, tak perlu katanya..utk di bawa ke rumah orang. Yati tau dia mesti suka muffin yati, regular customer ni..
Hujung minggu pula, ingatkan nak ke Putrajaya tengok Pesta Flora, tapi hati ni..macam nak balik Kg saja, cadangnya memang nak ke Ipoh...tapi rasa penat nak drive ke sana. Fikir2 balik, tak de apa pun nak buat, baik balik saja, dapat juga jumpa baby baru, jumpa mak dan abah (itu lebih afdal kan?).. Atuk dan nenek pun rindukan Adam, hari2 tipon nak cakap dengan Adam. Faris dan Adam pun suka ke Ipoh- dapat main dengan Alif, Meen dan Maryam. Yati pun dapat cuci mata dan menegangkan otot2 memandu di hiway.
Dah lama sungguh tak ikut hiway...letih..nak speeding..bawa slow pun tak best.... Dah sampai tol, ..berdebar tgk berapa la kena byr..dah lama tak bayar tol berringgit2... Sepanjang jalan mengira exit dan R&R..bila la nak sampai. Anak2 sejak dari NKVE dari tidur..eem...Yati memandu bertemankan radio...kejap2 speeding...lagipun kereta dah servis dan repair...tak risau le nak pecut pun...tak sabar nak sampai Gopeng se awal yang boleh.

Buahtangan utk adik yang dalam pantang, Yati buatkan cupkek dengan colorful dragees yang baru di beli di Bangi. Puas hati dapat beli manik2 ni..geram, dari dulu mencari tak jumpa. La ni dah tau mana nak cari.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin