Salam....


Terima kasih singgah.....
Kini anda juga boleh ke instagram Yati_kaybakery - utk pilihan produk dan harga. Like FB - Kaybakery.malaysia utk info terkini - promo dan fast sale. Fb Yati Hassan utk pelbagai menu dan tempahan.


Jika berminat sila email ke
noorirdawati_hassan@yahoo.com yati akan respon anda , sila tunggu balasan yati utk setiap order...atau tinggalkan pesanan/sms di 019 2727564 utk respon lebih cepat...ataupun boleh whatsapp yati 019 2727564.



Terima kasih..daun keladi...


Seminggu yang sibuk

Salam..

Dah lama tak menulis di blog ni, dah ada blog kena selalu update, tulis apa yang terkini, apa yang terjadi, apa saja yang baru/lama utk tatapan pengunjung dan diri sendiri. Macam kemestian pulak...bukan apa, kadang tu tak cukup tangan dan masa. Tapi seronok dapat berkongsi cerita/gambar- orang pompuan macam tu kot..suka sangat bercerita -i bet u..dalam byk2 bloggers ni..mesti 90% orang perempuan.
Oklah, back to biz...minggu lepas minggu sibuk yati..macam2 design cupcakes yati buat, ada yang request design yang sama, tapi tangan ni gatal dan tokok juga jadi kan nampak lain. Nasib baik customer tak cerewet..hi..hi...

Yati kira ada dalam 17 design yang yati buat, kering juga idea. Saja nak nampak variety...orang kan suka design macam2..apatah lagi...customers yang kata.."buatla design apa2 pun...tak kisah, asalkan cantik!".....mencabar u...

Ok,sekarang kita jamu mata ye....



Yang atas tu, Cookie Monster yang pernah yati buat, tapi perasan tak...mulutnya lain, yati suka mulut macam ni, customer suka mulut yang sebelum ini. Juga CM tu ada bunga kecil..
Kemudin cc dengan edible image- sugarpaper ni tak berapa manis- dan cc yati pun tak manis sangat- cukup manis makan dengan cream icing.



Itu cupcakes clown, yati suka buat design ni, fun...seronok, budak kecik tengok pun geram. Bila buat cc ni, yati teringat pada anak buah, Ain namanya..baru setahun jagung...bila datang rumah mak long,pandai je cari tempat mak long simpan cupkek..mesti nak colek..
Yang bawahnya, cupkek dengan bunga violet- lilac, cantik color ni, dari Wilton. Colornya macam purple lembut, tapi ada juga kebiruan.


Cupkek design garisan- bila yati dah tak de idea...bosan dengan bunga,cuba yang maskulin-tapi masih feminin dengan warna-warna lembut macam tu. Cupkek smiley bermata bundar-patutnya smiley ni matanya..lonjong sikitkan?...bila dah siap baru jumpa rupa bentuk smiley yang original..alahai...

Cupkek coklat, dengan cream ganache, menjadi pun cream ganache ni..sangat mudah.... nak buat lingkaran pun kena berhati-hati kalau tak, dia tak menjadi, ada separuh darinya yati letakkan buah strawberry- tak sempat nak ambil gambar.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin